Bila kite sebut manusia, mcm2 perangai kite blh tgk.. lebih dari 1000 perangai yg ade kt dunia ni.. tp sifat yg paling buruk adalah sifat PHD.. Dan PHD ni juga lah merupakan salah satu punca utama perbelahan saudara, kaum dan macam2 lg..
PHD ===>> ( Perasaan Hasad Dengki)
Sifat ni mmg biasa kite tgk dalam dunia ni.. Sesetengah org akan menunjukkan sifat dengkinya secara depan2 dan terang-terangan dan adakalanya mereka dengki secara sembunyi atau dalaman hati.. ha, yg ni yg paling bahaya.. dengki secara pendam dalam hati blh menimbulkan pelbagai kesan.. Pada pendapat peribadi aku la, biasanya org2 mcm ni akan tikam kite dari belakang.. Di depan baik dan manis seperti gula, tp di belakang masin seperti garam batu.. Susah kite nk kenal hati budi org kt dunia ni..
Aku bukan la baik, tp xde la jahat sgt kot.. ade sesetengah org tu sampai cari bomoh nk kene kan org yg die dengki tu.. sampai mati pn ade di buatnye... jgn ler main bomoh2 ni , tak diterima bumi mati nnt.. ni ade sedikit sebanyak tentang ilmu sihir utk dikongsi bersama ---->>>
SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
- Memutuskan hubungan anak dan ibu.
- Memutuskan hubungan anak dan ayah.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
- Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
- Memisahkan antara suami dan isterinya.
- Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
- Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
- Enggan memohon maaf.
- Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
- Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
- Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
- Asamara cinta yang keterlaluan.
- Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
- Cenderung melakukan hubungan seksual.
- Sukar mengawal cinta.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
- Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
- Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
- Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
- Mencuba dan ingin tahu.
- Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
- Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
- Melariskan peniagaan.
- Mendapatkan pengikut.
- Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka
masa yang lama.
- Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju
sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah
tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
- Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:
- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
- Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak
dan merayap ke arah nabi Musa.
- Seperti kain / api berubah menjadi burung.
Tanda-anda Sihir Gila:
- Binggung dan lupa sesuatu.
- Kacau dalam perbicaraan.
- Mata kuyu (moyok).
- Tidak boleh tenang di satu tempat.
- Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
- Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
- Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.
Tanda-Tanda:
- Suka berseorangan / menyendiri.
- Tidak bercakap / pendiam.
- Tidak suka berjumpa orang.
- Fikiran meracau / terganggu.
- Selalu pening.
- Selalu lesu dan tidak bermaya.
- Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
Tanda-tandanya:
- Selalu mengalami mimpi ngeri.
- Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
- Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan
jaga tidak melihat orangnya.
- Selalu was-was.
- Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
- Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.
7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
- Saraf tersumbat.
- Lumpuh salah satu anggota tubuh.
- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
- Lumpuh keseluruhan badan.
Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
- Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota
tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa
menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
- Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada
berfungsi.
- Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota
tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai
ketahap lumpuh.
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".
Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.
9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
- Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh
doktor.
- Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
- Melihat pelamar bermuka hodoh.
- Banyak berfikir (fikiran melayang)
- Selalu gelisah waktu tidur.
- Selalu rasa sakit di perut.
- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
- Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap
calon suami yang melamarnya.
- Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
- Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda
kecil menjadi besar atau sebaliknya.
- Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
- Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan
seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
- Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang
berkaitan tentang dirinya
- Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
- Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
- Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami
isteri.
- Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
- Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
- Hembusan asap rokok.
- Tenungan mata.
- Perbualan.
- Minuman
- Handphone (percakapan dan sms).
- Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
- Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan
sebagainya.
- Putus pertunangan.
- Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
- Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
- Rebutan harta pusaka.
- Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
- Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
- Mencuba kehebatan ilmu.
- Mendapatkan keuntungan duniawi.
- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca
doa sebelum tidur.
- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan
air.
- Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
- Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu
bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap
wanita itu.
- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.